Memulakan Perbualan Tentang Berat Badan Anda

Dr. Steven Teoh Soo Huat, Obesity Medicine Physician & Family Medicine Specialist (FMS)

Memulakan perbualan tentang berat badan mungkin sukar bagi ramai orang, namun ia merupakan langkah penting ke arah kesihatan yang lebih baik. Dalam video Expert Angle ini, Dr Steven Teoh menerangkan mengapa obesiti bukan suatu kegagalan peribadi, serta bagaimana pakar penjagaan kesihatan membincangkan isu berat badan dengan empati dan tanpa penghakiman. Anda juga akan mempelajari cara mudah untuk memulakan perbualan dengan doktor anda tentang berat badan, serta bagaimana anda boleh memberikan sokongan yang bermakna kepada ahli keluarga dan orang tersayang dalam perjalanan penurunan berat badan mereka tanpa penghakiman. Mengambil langkah pertama boleh membawa perubahan. Video ini memberikan pandangan yang berguna bagi membantu anda mengambil tindakan dengan lebih yakin.

Sebab itulah penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan sepanjang perjalanan pengurusan obesiti anda.

Memahami Obesiti : Ia Bukan Sekadar Apa Yang Anda Fikir

Memahami Obesiti : Ia Bukan Sekadar Apa Yang Anda Fikir

"Kenapa berat badan saya tidak menurun?" atau "Kenapa berat badan naik semula selepas beberapa bulan?" Jika anda merasa penurunan berat badan adalah sesuatu yang sukar, adalah penting untuk memahami sains di sebalik obesiti. Dalam video Expert Angle ini, Dr. Malathi menerangkan kenapa obesiti adalah satu penyakit. Beliau mengupas punca-punca kompleks obesiti serta menekankan risiko serius yang berkaitan dengan obesiti. Anda juga akan mempelajari kesan obesiti serta bagaimana diagnosis yang holistik dapat memberi hasil kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Sama ada anda sedang mencari pengurusan penurunan berat badan atau nasihat profesional, video ini memberikan pandangan yang diperlukan

Obesiti dan Tekanan Darah Tinggi: Hubungan yang Ramai Tidak Sedar

Obesiti dan Tekanan Darah Tinggi: Hubungan yang Ramai Tidak Sedar

Obesiti dan hipertensi (tekanan darah tinggi) mempunyai kaitan yang lebih rapat yang ramai idak sedar. Dalam video Expert Angle ini, Professor Doctor Lim Lee Ling menerangkan hubungan tersembunyi antara obesiti dan tekanan darah tinggi. Beliau juga berkongsi potensi komplikasi jika tekanan darah tinggi tidak dirawati, serta kepentingan kesedaran awal dan intervensi segera. Anda juga akan mengetahui penilaian obesiti dan hipertensi oleh doktor dan pendekatan pengurusan, serta bagaimana rawatan awal dapat membantu memperbaikan hasil kesihatan jangka panjang. Sama ada anda bimbang tentang berat badan atau tekanan darah, video ini menyediakan maklumat yang berguna untuk membantu anda mengambil langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik.