Pandangan Pakar

Pendapat pakar mengenai Obesiti sebagai satu Penyakit
Obesiti adalah penyakit, sama seperti penyakit kronik yang lain, penjagaan dan rawatan boleh menjadi kompleks.1 Pakar penjagaan kesihatan yang bertauliah seperti doktor dan pakar diet boleh membantu anda membina pelan rawatan obesiti yang menyeluruh dan disesuaikan dengan keperluan anda.2Kemajuan dalam bidang perubatan telah membantu mengenal pasti punca-punca obesiti dan pendekatan yang boleh diambil untuk mencapai serta mengekalkan kesihatan melalui rawatan obesiti.3
Bagaimana Diagnosis Obesiti Dilakukan? Mengapa BMI Sahaja Tidak Mencukupi
Obesiti sering dikaitkan dengan berat badan, tetapi diagnosis obesiti melibatkan lebih daripada sekadar nombor pada penimbang berat. Doktor menggunakan pelbagai ukuran dan penilaian untuk memahami status kesihatan seseorang dengan lebih menyeluruh serta impak lemak badan berlebihan terhadap kesihatan.1 Walaupun indeks jisim badan (Body Mass Index atau BMI) masih merupakan alat saringan yang paling kerap digunakan, ia tidak memberikan gambaran lengkap tentang kesihatan seseorang.2 Semakin ramai pakar mengiktiraf kepentingan menilai faktor-faktor lain selain BMI apabila menilai obesiti dan risiko kesihatan yang berkaitan.3 Panduan Ringkas Apakah itu BMI? BMI dikira berdasarkan maklumat tinggi dan berat badan seseorang. Ia lazim digunakan untuk menyaring berat badan berlebihan dan obesiti.1 Mengapa BMI sahaja tidak mencukupi? BMI tidak membezakan jisim otot daripada jisim lemak, mahupun menunjukkan di mana lemak badan disimpan.2,3 Apakah ukuran lain yang boleh digunakan? Doktor mungkin mempertimbangkan lilitan pinggang, ukuran lemak badan, petunjuk kesihatan metabolik, dan sejarah perubatan.3,4 Bilakah penilaian profesional perlu dipertimbangkan? Mereka yang bimbang tentang berat badan, saiz pinggang, atau penyakit berkaitan obesiti boleh mempertimbangkan untuk berbincang dengan doktor1 Apakah Itu BMI dan Bagaimana Ia Digunakan? Indeks jisim badan (BMI) merupakan pengiraan mudah yang membandingkan berat badan dengan tinggi seseorang. Ia digunakan secara meluas di peringkat klinikal dan umum sebagai alat saringan awal untuk berat badan berlebihan dan obesiti.1 BMI boleh membantu mengenal pasti individu yang mungkin mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidapi penyakit berkaitan obesiti. Walau bagaimanapun, BMI adalah alat saringan dan bukannya ukuran langsung lemak badan atau tahap kesihatan keseluruhan.2 Oleh kerana BMI mudah dikira dan digunakan secara meluas, ia masih memainkan peranan penting dalam penilaian obesiti. Namun begitu, ia biasanya dianggap sebagai salah satu komponen dalam penilaian klinikal yang lebih menyeluruh.3 Mengapa BMI Tidak Memberikan Gambaran Keseluruhan Walaupun BMI digunakan secara meluas, ia mempunyai beberapa batasan.2,3 BMI tidak membezakan jisim lemak daripada jisim otot. Contohnya, individu yang mempunyai jisim otot yang tinggi mungkin mempunyai BMI dalam julat berat badan berlebihan walaupun tahap lemak badan mereka rendah secara relatif.2 Begitu juga dengan sesetengah individu yang mungkin mempunyai BMI dalam julat normal tetapi mempunyai lemak badan berlebihan, terutamanya di bahagian abdomen.3 Keadaan ini masih boleh dikaitkan dengan risiko penyakit yang meningkat. BMI juga tidak memberikan maklumat tentang taburan lemak dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa lemak berlebihan yang tersimpan di sekitar abdomen, iaitu lemak viseral, mungkin lebih berkait rapat dengan risiko kesihatan tertentu berbanding berat badan semata-mata.3,4 Atas sebab-sebab ini, doktor sering mempertimbangkan ukuran tambahan apabila menilai obesiti dan risiko kesihatan yang berkaitan. Ukuran Lain yang Digunakan dalam Penilaian Obesiti Lilitan Pinggang Lilitan pinggang sering digunakan untuk menilai taburan lemak di bahagian abdomen.3 Kajian menunjukkan bahawa lemak berlebihan yang terkumpul di sekitar pinggang mungkin dikaitkan dengan risiko menghidap penyakit metabolik dan kardiovaskular yang lebih tinggi.3,5 Justeru itu, ukuran lilitan pinggang sering digunakan bersama BMI untuk memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang risiko kesihatan seseorang. Peratusan Lemak Badan Peratusan lemak badan menganggarkan jumlah lemak dalam badan berbanding keseluruhan berat badan seseorang.2 Bergantung kepada situasi klinikal, komposisi badan boleh dinilai dengan menggunakan peralatan khusus yang memberikan maklumat tambahan selain berat badan dan BMI. Ukuran ini boleh membantu doktor memahami tahap dan taburan lemak badan seseorang dengan lebih baik.2 Indikasi Lain Bagi kes-kes tertentu, doktor juga mungkin mempertimbangkan ukuran seperti nisbah pinggang berbanding tinggi atau petunjuk komposisi badan yang lain.3 Penilaian ini boleh memberikan maklumat tambahan tentang risiko kesihatan berkaitan obesiti apabila digunakan bersama maklumat klinikal yang lain. Kepentingan Penilaian Perubatan Diagnosis obesiti bukan hanya berdasarkan ukuran fizikal semata-mata. Penilaian yang menyeluruh lazimnya melibatkan pemeriksaan yang lebih mendalam tentang status kesihatan seseorang.1,6 Doktor mungkin mempertimbangkan faktor-faktor seperti: Sejarah perubatan peribadi dan keluarga Corak pemakanan dan aktiviti fizikal Keadaan kesihatan sedia ada Tekanan darah Paras glukosa darah Tahap kolesterol dan penanda metabolik lain Faktor-faktor ini boleh membantu memberikan gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana lemak badan berlebihan mungkin mempengaruhi kesihatan keseluruhan dan sama ada komplikasi berkaitan obesiti telah berlaku.6 Penilaian yang menyeluruh juga boleh membantu mengenal pasti risiko kesihatan yang mungkin tidak dapat dikesan melalui BMI sahaja. Kesimpulan BMI masih merupakan alat saringan yang berguna, namun ia tidak memberikan gambaran lengkap tentang kesihatan seseorang. Obesiti merupakan keadaan yang kompleks, oleh itu doktor seringkali mempertimbangkan ukuran tambahan seperti lilitan pinggang, komposisi badan, petunjuk kesihatan metabolik, dan sejarah perubatan ketika menilai risiko kesihatan.3,6 Bila Perlu Berbincang dengan Doktor Individu boleh mempertimbangkan untuk berbincang dengan doktor jika mereka: Khuatir tentang berat badan atau lilitan pinggang mereka Mempunyai sejarah keluarga dengan keadaan kesihatan berkaitan obesiti Telah didiagnosis dengan diabetes, tekanan darah tinggi, atau kolesterol tinggi Menyedari perubahan pada kesihatan keseluruhan, fungsi fizikal, atau kesejahteraan diri Doktor boleh menjalankan penilaian yang menyeluruh dan membincangkan hasil penilaian berdasarkan profil kesihatan individu secara keseluruhan. Jika kebimbangan berkaitan berat badan berterusan atau menjejaskan kesihatan, dapatkan nasihat perubatan. Obesiti adalah penyakit yang kompleks dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan penilaian awal boleh menyokong pemahaman yang lebih baik serta pendekatan pengurusan jangka panjang yang lebih sesuai. Berbincang Dengan Doktor Anda

Adakah Obesiti Itu Pilihan atau Penyakit?
Adakah Obesiti Itu Pilihan atau Penyakit? Obesiti sering disalahfahami sebagai sekadar akibat pilihan peribadi. Namun sebenarnya, obesiti telah diiktiraf secara meluas sebagai penyakit kronik kompleks yang dipengaruhi oleh gabungan faktor biologi, persekitaran dan tingkah laku.1,2,3 Justeru itu, adalah penting untuk memahami perbezaan ini demi mengurangkan stigma serta menyokong pendekatan pengurusan jangka panjang yang lebih berkesan.4 Panduan Ringkas Adakah obesiti itu pilihan? Bukan sepenuhnya; ia dipengaruhi oleh faktor biologi, persekitaran dan tingkah laku. Adakah obesiti itu penyakit? Ya, obesiti diiktiraf sebagai penyakit kronik.1 Mengapa sukar untuk menurunkan berat badan? Penyebabnya merangkumi hormon, metabolisme dan faktor genetik.2 Apakah yang boleh dipertimbangkan? Individu yang mengalami masalah berat badan berterusan boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan nasihat perubatan bagi penilaian selanjutnya. Apakah Itu Obesiti? Obesiti ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak badan (tisu adipos) yang berlebihan, yang boleh meningkatkan risiko komplikasi kesihatan.1 Ia biasanya dinilai menggunakan indeks jisim badan (BMI), bersama petunjuk klinikal lain seperti ukuran lilitan pinggang dan tahap kesihatan metabolik secara keseluruhan. Selain daripada aspek saiz badan, obesiti juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes Jenis 2, penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.1 Implikasi kesihatan yang lebih luas ini menyumbang kepada klasifikasi obesiti sebagai penyakit kronik yang memerlukan pengurusan jangka panjang, bukan sekadar isu gaya hidup jangka pendek.4,5 Mengapa Obesiti Diklasifikasikan Sebagai Penyakit Kronik Obesiti bukan keadaan jangka pendek, tetapi ia adalah penyakit kronik yang boleh berulang (relaps) dan melibatkan perubahan jangka panjang dalam proses metabolik, hormon dan fisiologi.3 Obesiti diklasifikasikan sebagai keadaan kronik kerana ia:5 Berkembang secara beransur-ansur Melibatkan pelbagai faktor penyumbang Selalunya memerlukan pengurusan jangka panjang Boleh berulang selepas penurunan berat badan awal Tubuh manusia mengawal berat badan melalui sistem biologi yang kompleks. Apabila penurunan berat badan berlaku, tindak balas fisiologi boleh mengubah hormon dan metabolisme dengan cara yang mendorong kenaikan semula berat badan.6,7 Corak ini adalah konsisten dengan keadaan kronik lain yang memerlukan pengurusan berterusan, bukan sekadar intervensi sekali sahaja.5 Mengapa Pengawalan Berat Badan Bukan Sekadar Soal Kawalan Diri Obesiti sering disalahanggap sebagai berpunca sepenuhnya daripada kekurangan disiplin atau kawalan diri. Walaupun tabiat pemakanan dan aktiviti fizikal memainkan peranan penting, ia hanyalah sebahagian daripada gambaran yang lebih menyeluruh. Berat badan dikawal oleh sistem neurobiologi yang melibatkan otak, hormon dan proses metabolik.2 Isyarat berkaitan rasa lapar, kenyang dan keseimbangan tenaga sentiasa diselaraskan berdasarkan faktor dalaman dan luaran.8 Selain itu, faktor seperti tabiat tidur, stres dan persekitaran juga boleh mempengaruhi tingkah laku pemakanan serta pengawalan tenaga.3 Maka, sekiranya obesiti dilihat semata-mata sebagai tanggungjawab peribadi, tanggapan sebegini mengabaikan mekanisme asas yang dibicarakan di atas, lalu menyumbang kepada stigma.4 Peranan Genetik, Hormon dan Metabolisme Beberapa faktor biologi mempengaruhi cara tubuh mengawal berat badan: Kecenderungan Genetik Faktor genetik boleh mempengaruhi berat badan dengan ketara. Kajian menunjukkan bahawa antara 40% hingga 70% variasi berat badan mungkin diwarisi.2,3 Pengaruh genetik ini boleh menjejaskan pengawalan selera makan, penyimpanan lemak dan penggunaan tenaga. Hormon Hormon seperti leptin dan ghrelin membantu mengawal rasa lapar dan kenyang. Gangguan dalam laluan isyarat ini boleh meningkatkan selera makan atau mengurangkan rasa kenyang.2 Metabolisme Proses metabolik menentukan bagaimana tubuh menukarkan makanan kepada tenaga. Semasa proses penurunan berat badan, tubuh boleh menyesuaikan diri dengan mengurangkan penggunaan tenaga, menjadikan usaha untuk terus menurunkan atau mengekalkan berat badan lebih mencabar.2,7 Faktor-faktor biologi di atas membantu menjelaskan mengapa individu boleh memberi respons yang berbeza terhadap perubahan gaya hidup yang serupa. Mengapa "Kurangkan Makan, Lebihkan Senaman" Mungkin Tidak Berkesan Bagi Sesetengah Individu Nasihat seperti "kurangkan makan dan lebihkan senaman" selalunya berniat baik, namun ia mungkin tidak sepenuhnya mencerminkan kerumitan obesiti. Walaupun pemakanan sihat dan aktiviti fizikal kekal penting, ia mungkin tidak mencukupi secara bersendirian bagi sesetengah individu. Apabila penurunan berat badan berlaku, tubuh boleh memberi tindak balas seperti: Peningkatan isyarat rasa lapar Pengurangan penggunaan tenaga Penyesuaian fisiologi yang mendorong kenaikan semula berat badan2,6,7 Tindak balas ini merupakan sebahagian daripada sistem pengawalan semula jadi tubuh dan boleh berterusan dalam jangka masa panjang.7 Oleh itu, kenaikan semula berat badan adalah sesuatu yang lazim berlaku dan tidak seharusnya ditafsirkan semata-mata sebagai kurang usaha.9 Mengapa Penting untuk Melihat Obesiti Sebagai Penyakit Melihat obesiti sebagai satu keadaan perubatan boleh membantu: Mengurangkan stigma dan menyalahkan individu Menggalakkan penilaian klinikal yang lebih awal Menyokong akses kepada penjagaan yang sesuai Meningkatkan hasil kesihatan jangka panjang Pihak berkuasa kesihatan seperti National Institutes of Health dan Centers for Disease Control and Prevention menekankan hubungan antara obesiti dan kesihatan metabolik, serta kaitannya dengan komorbiditi serius.10,11 Mengiktiraf obesiti sebagai keadaan kronik membantu mengalihkan fokus daripada penurunan berat badan jangka pendek kepada pengurusan kesihatan jangka panjang, yang mungkin melibatkan gabungan pendekatan berdasarkan keperluan individu.4 Kesimpulan Obesiti bukan sekadar soal pilihan peribadi. Ia merupakan satu keadaan kronik yang dipengaruhi oleh faktor biologi dan memerlukan pemahaman serta penjagaan jangka panjang. Pengiktirafan ini membantu mengubah pendekatan daripada menyalahkan kepada menyokong, seterusnya membolehkan strategi pengurusan yang lebih berkesan dan berasaskan bukti. Individu yang menghadapi cabaran berterusan berkaitan berat badan mungkin mendapat manfaat daripada mendapatkan nasihat perubatan untuk penilaian yang menyeluruh. Bila Perlu Mempertimbangkan untuk Berjumpa Doktor Individu boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan nasihat perubatan sekiranya isu berkaitan berat badan menjejaskan kesihatan keseluruhan atau kualiti hidup4,5. Ini mungkin lebih relevan bagi mereka yang: Menghidapi penyakit seperti diabetes atau tekanan darah tinggi Mengalami kenaikan semula berat badan berulang Mengalami gejala seperti keletihan, sesak nafas atau ketidakselesaan sendi Doktor pakar boleh menjalankan penilaian menyeluruh dan membincangkan pilihan yang sesuai berdasarkan keadaan kesihatan individu. Jika kebimbangan berkaitan berat badan berterusan atau menjejaskan kesihatan, dapatkan nasihat perubatan. Obesiti adalah penyakit yang kompleks dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan penilaian awal boleh menyokong pemahaman yang lebih baik serta pendekatan pengurusan jangka panjang yang lebih sesuai. berbincang Dengan Doktor Anda

Obesiti dan Risiko Kesihatan: Diabetes, Penyakit Jantung & Banyak Lagi
Bagaimana Obesiti Mempengaruhi Kesihatan Anda: Diabetes, Penyakit Jantung & Banyak Lagi Obesiti bukan sekadar isu berat badan. Ia merupakan keadaan kronik yang dikaitkan dengan perubahan pada pelbagai sistem dalam tubuh, sekali gus meningkatkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan.1 Memahami bagaimana obesiti boleh mempengaruhi kesihatan secara keseluruhan merupakan langkah penting untuk mengenal pasti potensi risiko dan mengambil tindakan yang sesuai lebih awal. Panduan Ringkas Bagaimanakah obesiti mempengaruhi kesihatan? Ia boleh menjejaskan kesihatan metabolik, kardiovaskular, muskuloskeletal, dan mental.1,2 Apakah penyakit yang dikaitkan dengan obesiti? Diabetes Jenis 2, penyakit kardiovaskular, hipertensi, osteoartritis, dan apnea tidur merupakan antara keadaan yang paling kerap dikaitkan.1,3 Adakah obesiti menjejaskan kesihatan mental? Obesiti dikaitkan dengan kemurungan, penurunan kualiti hidup, dan tekanan psikologi.4,5 Apakah yang boleh dipertimbangkan? Individu boleh mempertimbangkan untuk menilai risiko kesihatan mereka dan mendapatkan nasihat perubatan lebih awal. Bagaimana Lemak Berlebihan Mempengaruhi Tubuh Badan Lemak badan berlebihan, khususnya lemak viseral yang tersimpan di sekeliling organ dalaman, boleh mengganggu fungsi normal tubuh.2,6 Ia dikaitkan dengan keradangan kronik tahap rendah, ketidakseimbangan hormon, dan perubahan metabolik yang boleh meningkatkan risiko penyakit.2,7 Dari masa ke semasa, perubahan ini boleh menjejaskan cara tubuh mengawal paras gula darah, tekanan darah, dan tahap kolesterol, sekali gus menyumbang kepada komplikasi kesihatan jangka panjang.2 Kaitan Antara Obesiti dan Penyakit Kronik Diabetes Jenis 2 Obesiti dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes Jenis 2. Lemak badan berlebihan boleh mengurangkan sensitiviti tubuh terhadap insulin, menyebabkan paras glukosa darah meningkat dari semasa ke semasa.7 Kajian menunjukkan bahawa lemak viseral dan keradangan kronik boleh menyumbang kepada rintangan insulin dan gangguan metabolik.2,6,7 Penyakit Kardiovaskular Obesiti dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, termasuk penyakit arteri koronari, strok, dan kegagalan jantung.1,3 Ia juga boleh menyumbang kepada perkembangan aterosklerosis (penyempitan arteri), yang boleh menjejaskan aliran darah ke organ penting.3 Faktor lain yang dikaitkan dengan obesiti termasuk kolesterol tinggi, keradangan, dan rintangan insulin juga boleh meningkatkan risiko kardiovaskular.3 Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi) Berat badan berlebihan boleh memberi tekanan tambahan kepada sistem kardiovaskular, sekali gus meningkatkan kemungkinan tekanan darah tinggi.1,8 Lama-kelamaan, hipertensi boleh menyumbang kepada komplikasi yang melibatkan jantung, buah pinggang, dan saluran darah jika tidak dikawal dengan sewajarnya.8 Apnea Tidur Obesiti juga dikaitkan dengan gangguan pernafasan semasa tidur seperti apnea tidur obstruktif.9 Tisu berlebihan di sekitar saluran pernafasan atas boleh mengganggu pernafasan normal ketika tidur, yang berpotensi menyebabkan keletihan pada waktu siang, kualiti tidur yang rendah, dan tekanan terhadap sistem kardiovaskular.9 Kesan terhadap Sendi, Pergerakan, dan Fungsi Harian Berat badan berlebihan boleh memberi tekanan tambahan kepada sendi, terutamanya pada lutut, pinggul, dan bahagian bawah belakang.10 Ini boleh meningkatkan risiko osteoartritis dan menjejaskan pergerakan serta fungsi fizikal.10 Pergerakan yang terhad juga boleh menyukarkan seseorang untuk mengekalkan aktiviti fizikal secara berkala, sekali gus mewujudkan kitaran yang boleh terus menjejaskan kesejahteraan jangka panjang. Kajian turut menunjukkan bahawa sakit sendi berkaitan obesiti dan penurunan fungsi fizikal boleh memberi kesan kepada aktiviti harian dan kualiti hidup secara keseluruhan.10 Kesan terhadap Kesihatan Mental dan Kualiti Hidup Obesiti juga boleh menjejaskan kesejahteraan mental dan emosi. Kajian menunjukkan kaitan antara obesiti dengan keadaan seperti kemurungan, kebimbangan, harga diri yang rendah, dan penurunan kualiti hidup.4,5 Selain itu, pengalaman stigma atau diskriminasi berkaitan berat badan juga boleh menyumbang kepada tekanan psikologi dan cabaran sosial.4 Hubungan antara obesiti dan kesihatan mental adalah kompleks dan mungkin melibatkan faktor biologi, psikologi, dan sosial.5 Mengapa Intervensi Awal Penting Risiko kesihatan berkaitan obesiti biasanya berkembang secara beransur-ansur dari masa ke semasa. Pengenalpastian awal terhadap risiko ini boleh membantu mencegah atau melambatkan perkembangan keadaan berkaitan.1 Pemahaman berkenaan status kesihatan diri termasuk berat badan, kesihatan metabolik, tekanan darah, dan faktor risiko lain boleh membantu individu membuat keputusan yang lebih menyeluruh mengenai pengurusan kesihatan jangka panjang. Dapatkan nasihat perubatan lebih awal agar anda boleh memahami pilihan sokongan yang tersedia dan langkah seterusnya bersesuaian dengan keperluan kesihatan anda. Kesimpulan Obesiti boleh memberi kesan yang meluas terhadap kesihatan fizikal dan mental, daripada meningkatkan risiko penyakit kronik hingga menjejaskan pergerakan, tidur, dan kualiti hidup. Mengenal pasti kesan-kesan ini merupakan langkah penting untuk memahami keadaan tersebut dan kemungkinan akibat jangka panjangnya. Kesedaran awal dan panduan perubatan yang sesuai boleh membantu menyokong hasil kesihatan jangka panjang yang lebih baik serta kesejahteraan secara keseluruhan. Bila Perlu Mempertimbangkan untuk Berjumpa Doktor Individu boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan nasihat perubatan jika mereka mempunyai kebimbangan tentang berat badan atau kesihatan secara keseluruhan. Ini mungkin lebih relevan bagi mereka yang: Mempunyai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, atau kolesterol tinggi. Mengalami sakit sendi atau pergerakan yang terhad. Menyedari perubahan pada kualiti tidur, pernafasan semasa tidur, atau keletihan pada waktu siang. Menyedari perubahan pada tahap tenaga atau kesejahteraan keseluruhan. Doktor pakar boleh menjalankan penilaian menyeluruh dan membincangkan pilihan yang sesuai berdasarkan keadaan kesihatan individu. Jika kebimbangan berkaitan berat badan berterusan atau menjejaskan kesihatan, dapatkan nasihat perubatan. Obesiti adalah penyakit yang kompleks dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan penilaian awal boleh menyokong pemahaman yang lebih baik serta pendekatan pengurusan jangka panjang yang lebih sesuai. berbincang Dengan Doktor Anda
“Dengar daripada pakar perubatan menerangkan sebab obesiti adalah penyakit, punca kenaikan berat badan serta rawatan yang tersedia pada masa kini.”
Muat turun panduan ini untuk membantu anda bersedia sebelum berbual dengan doktor anda.
-
Greenway FL. Physiological adaptations to weight loss and factors favouring weight regain. Int J Obes (Lond). 2015;39(8):1188-1196. doi:10.1038/ijo.2015.59
-
Melby CL, Paris HL, Foright RM, Peth J. Attenuating the biologic drive for weight regain following weight loss: must what goes down always go back up? Nutrients. 2017;9(5):468. doi:10.3390/nu9050468
-
Hall KD, Kahan S. Maintenance of lost weight and long-term management of obesity. Med Clin North Am. 2018;102(1):183-197. doi:10.1016/j.mcna.2017.08.012
-
National Heart, Lung, and Blood Institute. Overweight and obesity: treatment. Updated March 24, 2022. Accessed August 5, 2024. https://www.nhlbi.nih.gov/health/overweight-and-obesity/treatment